Thursday, March 19, 2015

4 [UK Series] The Journey Begin

Assalamualaikum. perkongsian ini adalah berlaku sepanjang bulan February iaitu bulan lepas yang lalu. alhamdulillah, diberi kesempatan untuk travel bersama wife tersayang pada kali ini. kiranya 1st trip kot after married. syukur alhamdulillah sepanjang perjalanan ini dan sepanjang berada dinegara orang, segalanya berjalan dengan lancar.

view from window - syria atau iraq

Destinasi yang dituju kali ini ialah Bristol, United Kingdom (UK). selama beberapa bulan merancang destinasi untuk dituju, kami bersepakat untuk ke Bristol. Memandangkan disana seorang member wife yang sedang berkerja dan menetap disana. yakni abg Hafeez dan kak Kas. kami juga dijemput oleh mereka untuk tinggal bersama sekiranya melawat ke UK. grab that opportunity to stay with them. Pada awalnya, kami merancang untuk complete 'Europe Trip' bersama satu lagi pasangan Nina&Syauqi. namun, meraka tidak dapat cuti dan masing-masing busy dengan projek GST. so it's okay, we'll travel first and we choose to travel to Bristol UK. next time kami pasti akan complete our mission. inshaallah. ameen.

Bristol City

Tiket dibeli seawal 3minggu sebelum tarikh travel. tak berapa awal jugak tu sebab boleh dikira lewat jugak lah. alhamdulillah rezeki kami dapat tiket murah untuk return tiket. Untuk tarikh tersebut, Etihad menawarkan harga tiket yang paling murah berbanding flight yang lain. grab that ass. tada hal punya. hahaha.

passport check - ticket check

Maka perjalanan kami bermula dari KUL - Dubai - Heathrow, London. total hours of travel 16 hours. KUL - Dubai. flight time 7 hour, transit selama 2 hour. Dubai - Heathrow juga 7 hour flight time. makan 2kali sepanjang flight. alhamdulillah tak lapar. hahaha. transit 2 jam sangat memenatkan. kami sampai Dubai, waktu tempatan sedang subuh. selesai subuh, berlari cari gate pelepasan untuk next flight. airport Dubai agak crowded. sempit dan ramai orang. then tempat immigration pula slow dengan kaunter yang sedikit. dah tau airport tu tempat transit, buka laa banyak kaunter kan. lame. serius aku dengan wife berlari cari gate.

Dubai Airport
KUL - Dubai
Dubai - London

Ada satu kisah nak cerita ketika flight daru Dubai - London. oleh kerana kami antara beberapa orang yang masuk lambat untuk flight nih, belakang aku ada senior citizen. umur macam nenek2. tapi masih gagah untuk travel. k fine. kebetulan seat aku adalah depan dari seat dia. oke. masa ni takda masalah lagi. aku nak turunkan seat untuk better position dalam flight. aishh, sangkut pulak. rupanya ditahannya aku oleh nenek tu untuk aku turunkan seat. kuang hajaa. takpe, aku mintak elok-elok. 'madam, can i laydown a little bit my seat? ' 'no no no' jawabnya. aku tak tau laa dia jawab no tu sama ada dia tak bagi aku turunkan seat ataupun dia tak paham apa yang aku cakap. k fine. pesan kat wife aku, 'kalau nampak dia ke toilet, kejutkan aku' . oke. siap kau nenek. elok dia pergi toilet, aku turunkan seat perabiss sampai limit. then aku tukar mode: tido mampos. hahahaha. bila dia balik dari toilet, aku boleh perasan dia goncang seat aku tanda suruh aku naikkan seat aku. hahaha. talk to myhand nanny! hahaha. bukan setakat tu sahaja, dendam terbalas bilamana ketika sedang nak angkat turun barang dari cabin. standby and block the way. tido laa kau belakang aku. hahaha. misi terbalas. hahahaha.

mission on going - HAHA

Alhamdulillah, tiba di Heathrow London Terminal 2 jam 12tengah hari waktu tempatan. cuaca tempatan 5C. ambil angin sejuk sikit sambil hembusan berasap. then masuk balik tak tahan sejuk. hahaha. kami dijemput oleh abg Hafeez&Kas. untuk ke Bristol, perjalanan selama 2jam dari airport Heathrow London. terus ke Swindon. tempat shopping. since tema kami travel to see the world, shopping ni tak berapa nak layan sangat. hahaha. kalau jumpa yang berpatutan, rembat sajaa. itu satu bonus.haha. Swindon ini ada satu tempat shopping. kalau kat malaysia lebih kurang JPO. barang mostly harganya sama je dengan malaysia. tetapi, kalau cari yang tengah sale, sangat murah berbanding dengan harga di malaysia. sebagai contoh kasut adidas punya sale baru 30 pound. bersamaam lebih kurang rm180. tu yang design high cut. lawa siakkk. hahaha. rugi tak rembat awal2. hoiii. kata taknak shopping. hahaha

Heathrow Terminal 2 - London

Sampai Bristol lebih kurang jam 10 malam. penat. mengantuk. nak rehat. need to rest. memandangkan masih banyak tempat nak travel dan tempat untuk dilawati. aku update tempat menarik je laa kan. hahaha. inshaallah. wahh. cantik kawasan perumahan diaorang. nyaman. walau malam. serius. kau boleh bayang kalau kau pergi area putrajaya, kawasan perumahan yang takda pagar. cantik.



London - Bristol

Swindon Designer Outlet


Swindon Designer Outlet




p/s: throwback part1

p/s/s: seronok rembat selimut Etihad. hahaha. dalang = wife. hahaha

p/s/s/s: syg jgn stress. dah update dah nihhh. untuk bacaan dikala stress.hahaha

4 comments:

Nina Hamdan said...

waaa.. bersama isteri tersayang..

ejasmi said...

thank you kerana memahami isterimu ini. inilah bahan bacaan yg very the best.

#jomtravellagi

Haziq said...

nina: wahhh jgk dengan suami anda.hahaha

Haziq said...

ejasmi: #mestitravellagi mehhh

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates